Leva Enterprise Sdn. Bhd. Perlindungan Data Peribadi dan Dasar Privasi
​
Dasar Privasi ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menyatakan bahawa Leva Enterprise Sdn. Bhd. dan/atau anak syarikat-syarikat dalam Kumpulan Leva (“Leva”) mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda yang mana anda telah memberikan kepada Leva.
​
Pengumpulan Data Peribadi
Kami menganggap dan memandang pemeliharaan dan pemprosesan Data Peribadi kamu dengan kepentingan utama.
Dalam urusan kamu dengan Leva, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda (“Data Peribadi”) untuk membolehkan kami memasuki komersial urus niaga dengan anda atau menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk berhubung dengan perniagaan kami. Hal ini adalah relevan bagi proses perniagaan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan berkenaan dengan produk akan datang, pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan dalam projek atau perbandaran kami.
​
​
1. Data Peribadi yang mungkin diambil oleh Leva
Semasa anda berurus niaga dengan Leva, kami mungkin mendapat pelbagai Data Peribadi anda, yang mungkin termasuk -
-
Nama;
-
Tarikh lahir;
-
Nombor kad pengenalan atau nombor paspot;
-
Alamat;
-
Jantina;
-
Bangsa;
-
Kewargenegaraan;
-
Maklumat perhubungan;
-
Alamat e-mel; dan
-
Cara komunikasi yang terpilih.
​
Senarai Data Peribadi yang dinyatakan di atas adalah bukan sepenuhnya dan boleh termasuk Data Peribadi yang lain bergantung kepada jenis urus niaga atau transaksi.
​
​
​
2. Bagaimana Leva mengguna Data Peribadi anda
Data Peribadi tersebut akan dikumpul dan diproses oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut:
​
-
penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
-
agar anda dapat memasuki perjanjian dan/atau kontrak yang perlu untuk membeli produk dan/atau harta daripada kami;
-
pemeliharaan dan penjagaan rekod-rekod dan perkembangan pelanggan;
-
tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami;
-
pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk-produk dan servis-servis terkini kami;
-
perlaksanaan perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan untuk projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami kepada kamu;
-
penilaian kredit, pemeriksaan kewangan dan latar belakang jika dan apabila difikirkan perlu;
-
penyimpanan rekod dalaman kami;
-
pengelakkan jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah);
-
memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana syarikat ahli Kumpulan kami;
-
membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media social tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda;
-
milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/hartanah, jagaan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
-
perkhidmatan pasca milikan kosong, seperti perkhidmatan rumah kelab, keselamatan dan program kesetiaan pelanggan;
-
apa-apa transaksi komersial lanjut berkenaan projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami dan;
-
membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan –
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan;
Kementrian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan;
Indah Water Konsortium;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
Lembaga Hasil Dalam Negeri;
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.;
Tenaga Nasional Berhad;
Pejabat Tanah;
Pihak berkuasa tempatan;
Bank-bank;
Juruaudit luar;
Mahkamah Tinggi, Mahkamah-mahkamah rendah atau tribunal-tribunal.
Syarikat insurans;
​Juruaudit ISO; dan
Syarikat firma undang-undang.
​
Jikalau anda tidak ingin dalam senarai “mailing” kami, sila beritahu Leva secara bertulis.
​
3. Pendedahan Data Peribadi
Data Peribadi tersebut yang dibekalkan kepada kami akan disimpan sulit dan anda bersetuju, membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kelas-kelas pihak-pihak seperti berikut:
a. apa-apa orang, agensi kerajaan, autoriti berkanun dan/atau pengawal industri yang mana kami diwajib atau diperlukan untuk berbuat demikian menurut apa-apa undang-undang, dan mereka adalah -
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan;
Indah Water Konsortium;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
Lembaga Hasil Dalam Negeri;
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd;
Tenaga Nasional Berhad;
Pejabat Tanah;
Pihak berkuasa tempatan;
Bank-bank;
Juruaudit luar;
Mahkamah Tinggi, Mahkamah-mahkamah rendah atau tribunal-tribunal;
Syarikat insurans;
Juruaudit ISO; dan
Syarikat firma undang-undang;
b. apa-apa syarikat berkenaan dan/atau anak syarikat Leva Enterprise Sdn. Bhd., termasuk yang diperbadankan pada masa depan;
c. rakan-rakan dan sekutu perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami;
d. juruaudit, pakar perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau professional kami yang lain yang dilantik oleh kami berhubung dengan perniagaan kami;
e. pembekal pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, subkontraktor atau pihak-pihak lain yang difikirkan perlu oleh kami untuk memudahkan perurusan anda dengan kami; dan
f. penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami berhubung dengan program kesetiaan kami, bagi tujuan penyampaian hadiah yang ditebus dan perkhidmatan.
​
​
​
4. Akibat Keengganan/Kegagalan Membekalkan Data Peribadi
Kegagalan membekalkan Data Peribadi mungkin akan mengakibatkan seperti berikutnya yang mana kami tidak akan bertanggunjawab atas sebarang akibat yang timbul daripadanya -
-
ketidakupayaan pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau Perjanjian Jual Beli berkenaan jualan hartanah, produk-produk dan/atau servis-servis kami;
-
ketidakupayaan untuk kami menghantarkan notis-notis, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang diminta kepada pelanggan/ bakal perkhidmatan;
-
ketidakupayaan untuk kami mengemaskinikan anda berkenaan produk dan/atau pelancaran terkini kami;
-
kegagalan menyempurnakan transaksi-transaksi komersial berkenaan projek-projek, produk-produk dan/atau servis-servis kami; dan
-
kegagalan untuk mematuhi apa-apa undang-undang, regulasi, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan dan/atau kanun yang terpakai terhadap kami.
​
​
​
5. Perlindungan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dalam cara yang selamat. Kawalan-kawalan, polisi-polisi dan langkah-langkah pentadbiran dan keselamatan yang sesuai akan dilaksanakan, setakat yang dapat dilaksanakan, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Kami akan, setakat yang dapat dilaksanakan, cuba mengelakkan pemprosesan yang tidak dibenarkan dan/atau melanggar undang-undang, dan kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan kepada Data Peribadi anda.
​
​
6. Hak Akses dan Pembetulan
Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan pembetulan Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami:
-
meminta akses kepada Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami untuk tujuan verifikasi;
-
meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami jikalau maklumat tersebut adalah tidak tepat, salah nyata, ketinggalan zaman atau tidak lengkap;
-
meminta bahawa Data Peribadi anda hanya akan disimpan untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan maklumat tersebut;
-
meminta bukti polisi dan prosedur berkenaan keselamatan dan kepastian Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami;
-
meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;
-
memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan dengan itu kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini; dan
-
menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam setiap keadaan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
Anda boleh membuat suatu permintaan untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi anda melalui:
Leva Enterprise Sdn. Bhd.
207-G Jalan Dato Keramat,
10150 Pulau Pinang
Tel No.: 04-2296758
Fax No.: 04-2296759
​
​
7. Bahasa
Menurut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Dasar ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris. Di dalam keadaan mana terdapat ketidakseragaman, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan digunapakai sebagai dokumen pertama.